
WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan  mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People  hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki  United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,  tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka  cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan  gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini.  “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk  disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai  Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau  berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan  mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu  bahasa English”.
“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang  untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian,  President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.  “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang  dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami  baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole  tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin  berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah  tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga  sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki,  tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10  kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka  juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti  kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang  melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.
“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia  dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam  bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem  otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.  “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole  menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”.  “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir  menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan  hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian,  alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan  segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan  bersukaria”, mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri  memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat  berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu    segala-galanya  mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan  yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di  dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang  manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat  spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja,  dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang  yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu  musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan  bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang  memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka  ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?  Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah  menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House  menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan.  Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang  terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan  Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation  Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin  untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah  tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di  Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S  mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang  kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan  kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan  masih tidak diketahui.
DARI SURAH AL KAHFI: 
Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah  itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain.  Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya  Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan  kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh  suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat  matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di  situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa  atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain:  ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab  yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke  tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari  segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang  melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila  dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu  suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai  Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami  memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding  antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya  adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan  alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah  aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu,  berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu  sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga  (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula)  melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari  Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya  hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga  98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan  perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi  menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia.  Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu  hampir dengan kiamat..
Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?
Sumber :http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/04/yakjuj-dan-makjuj-berita-gempar-dari-nasa/

 
 
No comments:
Post a Comment